Walau setinggi manapun darjatmu,sehina manapun keturunanmu,secantik manapun wajahmu,sehodoh manapun rupamu,sebanyak manapun hartamu,sedaif manapun hidupmu...namun kita semua sama saja sebagai pelakon dunia yang hanya sementara...Pujian dan cacian lumrah dunia janganlah kita leka dan terluka......

Tenang......hampir 2 tahun aku memendam rasa

Hari ini aku benar2 rasa tenang dan lega,bukannya apapun,cuma hasrat ku ingin belajar mengaji semula terlaksana.Memang sudah lama aku menyimpan hasrat tu,yelah semenjak aku berhenti kerja hujung 2008.

Disebabkan terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga aku tak ada masa menunaikan hasratku.Bukannya aku tak tau mengaji langsung,tapi disebabkan sudah terlalu lama aku Qatam Quran iaitu masa aku berumur 11 tahun aku terlalu jarang mengaji.Habis sekolah terus masuk alam pekerjaan lagilah pulak.Dalam setahun tu tak tau berapa kali je aku mengaji.

Aku jadi tak yakin dengan bacaanku sendiri,mana panjang,mana pendek,mana dengung,mana berhenti....itulah yang aku terpanggil untuk belajar mengaji semula.Tempat mengaji pun cuma beberapa buah rumah jarak dari rumahku,lagilah mudah jalan kaki je dah sampai.

Lagipun sebelum ayahku iaitu guru mengajiku meninggal pada tahun 2006 aku pernah meluahkan hasrat ingin belajar tajwid dengan dia semula dan Allahyarham tak keberatan.Tapi dia terlebih dahulu mengadap Ilahi sebelum hasratku tercapai.

Walau macamana sibuk pun aku berjanji akan cuba meluangkan masa walaupun sekejap......InsyaAllah...

Tiada ulasan: