Walau setinggi manapun darjatmu,sehina manapun keturunanmu,secantik manapun wajahmu,sehodoh manapun rupamu,sebanyak manapun hartamu,sedaif manapun hidupmu...namun kita semua sama saja sebagai pelakon dunia yang hanya sementara...Pujian dan cacian lumrah dunia janganlah kita leka dan terluka......

Rasa2 macam nak berhenti kerja tapi....

Kadang2 aku terfikir camana lah kalau suatu hari nanti aku berhenti kerja pas tu duk rumah...anak dah pergi sekolah,hubby plak pagi2 lagi dah pergi kerja,tinggallah aku terkontang kanteng.Dah pastinya kerja rumah awal2 lagi dah siap,yelah cuma 3 orang je penghuninya tidak ada apa sangat nak di kemaskan.

Oohhhh...tidaaaakk...tak mungkin aku nak berhenti kerja duduk rumah,jadi suri rumah yang tak tau perkembangan semasa.Sekurang2 nya kat ofis ni ada juga berita2 terkini terutama gosip2 liar (ini lah yang paling tak dapat dielakkan bila dah berkumpul,dapat dosa kering hari2,aduuuuhh....bila entah nak jauh dari dosa telinga dan lidah niiii...)
   
Kalau bekerja dapat juga duit setiap hujung bulan,boleh gi 'merambu' kat Jusco bershopping.Aaaahhhh...lupakan niat ku nak berhenti kerja ni,esok pagi2 cam biasa bangun pukul 6 siap2 pukul 8 gi kerja.....

Tiada ulasan: