Walau setinggi manapun darjatmu,sehina manapun keturunanmu,secantik manapun wajahmu,sehodoh manapun rupamu,sebanyak manapun hartamu,sedaif manapun hidupmu...namun kita semua sama saja sebagai pelakon dunia yang hanya sementara...Pujian dan cacian lumrah dunia janganlah kita leka dan terluka......

Mama,ada budak perempuan dalam kelas 2 Pintar suka dengan Shah..

Kata2 spontan dari anak aku tanpa rasa takut atau malu.Eh!..anak aku ni 8 tahun ke 28 tahun,aku plak yang keliru.Yelah,kecik2 dah tau sebut tentang makwe,siap cakap dia pun 'CINTA' dengan budak tu,pastu bila dah besar nak kawin dengan dia.Adooiaiii....

Itulah hakikatnya anak2 sekarang,tak macam orang dulu2 selagi tak akil baligh masih main pondok2 lelaki perempuan,takde pun nak cinta-cinta.

Tapi...itulah satu sifat budak2 sekarang yang bagus iaitu sifat berterus terang walaupun kadang2 kita rasa tak logik.Sebagai orang tua kita patut menjadi pendengar yang baik dan disamping itu memberi kata2 nasihat seperti "Shah,dah ada makwe tu sama2lah belajar bincang pelajaran supaya pandai sampai dapat masuk Universiti".Habistu nak kata apa lagi,budak2 ni benda yang kita marah dan tegah tulah yang dia suka buat

Itulah kan...macam2 kerenah anak2 dizaman era baru ni,cuma terpulang pada kita bagaimana untuk menanganinya.

Tiada ulasan: