Walau setinggi manapun darjatmu,sehina manapun keturunanmu,secantik manapun wajahmu,sehodoh manapun rupamu,sebanyak manapun hartamu,sedaif manapun hidupmu...namun kita semua sama saja sebagai pelakon dunia yang hanya sementara...Pujian dan cacian lumrah dunia janganlah kita leka dan terluka......

Perempuan diciptakan untuk didera suami?????....

Entahlah kan,suami2 zaman sekarang ni dah makin zalim..dah takde sifat penyayang kat isteri lagi.Kawin pun hanya sekadar nak mengelakkan status bujang terlajak,tak pun nak puaskan nafsu atau tengok kawan2 kawin dia pun nak kwin sama.Bila dah kawin tak tau plak nak menghargai si isteri.

Di bawah ni adalah antara berita penderaan isteri di dalam Harian Metro bertarikh 28 Nov. 2010.

Antara kes dera isteri


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

  • 14 Februari 2005, Seremban, Negeri Sembilan — Seorang guru sekolah menengah di Rantau berusia 43 tahun membuat laporan polis kerana sering didera suaminya yang juga pegawai kastam berusia 47 tahun selama dua tahun. Mangsa yang berasal dari Kelantan didera suaminya di rumah mereka di Taman Tuanku Jaafar, Senawang. Lelaki itu menolak isterinya ke lantai beberapa kali hingga mencederakan badan mangsa.

  • 6 April 2000, Cheras, Kuala Lumpur — Seorang suami memperlakukan isterinya seperti binatang apabila mengikat leher dan kaki mangsa menggunakan rantai besi sepanjang tiga meter dan dikunci dengan mangga besar. Mangsa turut diikat pada dinding rumah. Kadangkala suaminya mengheret keluar rumah dan mengikatnya pada tiang pagar di depan rumah di depan anak serta jiran.

  • 1 Februari 1997, Kuala Terengganu — Seorang wanita hamil terpaksa melarikan diri ke rumah ibunya bersama anak sulung berusia 13 bulan selepas dikatakan tidak tahan sikap panas baran suaminya yang kerap memukul dan menderanya hampir setahun. Hadarulyani Shamsi, 20, dipercayai mengandung anak kedua, berlindung di rumah ibunya di Kampung Rahmat Felda Chalok, Setiu.

  • 25 Julai 1997, Petaling Jaya — Akibat terlalu mengikut perasaan, seorang pekerja binaan berusia 33 tahun menerima padah apabila ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan polis selepas mendera isterinya di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara. Lelaki berkenaan enggan memberi wang diminta isteri untuk membeli beras dan keperluan dapur, sebaliknya menyepak serta menumbuk isterinya.


  • 9 Ogos 1996, Kampung Baru, Kuala Lumpur — Jamilah Hassan dari Kampung Baru, Kuala Lumpur, membuat pengakuan mengalami tekanan jiwa berikutan sering didera suaminya yang kaki mabuk dan judi selama tujuh tahun. “Dia sering memukul dan mencaci saya selain memaksa saya melakukan hubungan seks,” katanya.

  • 21 Februari 1995, Pontian, Johor — Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis kerana disyaki mendera isterinya berusia 61 tahun sehingga mati di Kampung Belokok, Peradin. Siasatan polis mendapati lelaki itu dipercayai mencekik isterinya sebelum menolaknya sehingga jatuh di tangga rumah. Mangsa cedera teruk di kepala dan dada manakala leher dan mukanya lebam.

  • 2 Mac 1995, Klang — Polis menahan suami seorang pekerja kilang kerana dipercayai memukul isterinya hingga parah di rumahnya di Jalan Young, Pandamaran, Klang, Selangor. Isteri lelaki itu yang berusia 35 tahun luka pergelangan tangan kanannya dipercayai terkena benda tajam serta bengkak pada mata, belakang badan, pipi dan punggung.

  • 27 Disember 1995, Kuantan — Harapan seorang suri rumah untuk hidup bahagia bersama suami hingga ke akhir hayat punah apabila dia didera sehingga memaksanya meninggalkan rumah untuk mendapatkan pertolongan. Sarimah Suan, 17, cedera di dada dan perut dipercayai didera suami, terpaksa menahan sakit untuk pulang ke rumah bapanya di Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.

  • 22 Ogos 1994, Hulu Klang — Wanita berusia 30-an dan isteri kedua seorang imam dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur oleh ibunya selepas tidak sedarkan diri dipercayai menghadapi tekanan jiwa berpunca daripada perbuatan suaminya.
    Wanita itu kemudian membuat satu laporan bahawa ada beberapa tanda kecederaan pada tubuhnya berpunca daripada penderaan.

  • Rumah banglo,kereta 7 seaters tapi makan ikan RM 5/kg.....

    Adaaa....ke org camtu??????....Adaaaaa......kalau takde takkan aku pandai2 tulis.

    Dalam dunia ni macam2 jenis orang yang nak berlagak dan bergaya.Kalau kita g umah dia maaakkk aiiii..rumah banglo,keta plak 7 seaters yang ratusan ribu henggit rega nye,tapi bab2 makan ni mulalah catu mencatu, yelah...nak bayar banglo ngan keta yang bulanan je mencecah 2-3K.

    Pastu anak2 plak anta g sekolah tadika yang percuma atau yang bayar duit makan je tanpa memikirkan ada orang yang lagi layak menikmati kemudahan tersebut.Masa isik borang permohonan ke sekolah mulalah revise gaji bawah 1K, alamat rumah plak pinjam alamat rumah kawan kat kawasan rumah kos rendah tapi.....bila jemput anak2 balik sekolah yang datang amik pakai keta harga ratusan ribu ringgit.

    Adoooooiiiii.....malu betullah nengok perangai orang camni.Sanggup wat camtu semata2 nak berlagak dan bergaya.

    Sebenarnya kita takde lah kesah pun kalau orang tu memang banyak duit berlebih2 pastu tiap2 bulan lelap mata je bayar duit banglo ngan keta,siap g melancong tiap2 bulan lagi,menderma rumah anak2 yatim,anak2 anta g tuition.....memang dia layak pun menikmati semua tu...

    Balik kampung noreh getah lagi baguuuusss.......

    Wooooiiiiiii.......aku nak balik kampung noreh getah??????.....

    Ini statement kawan aku....kalau aku pegang pisau getah pun tak reti,silap2 haribulan abis pokok getah tu tumbang aku kerjakan sebab terlebih toreh.....heh heh....

    Harga getah tinggi skang woooo.....cecah RM6 sekilo,kalau sehari dapat 50KG berapa plak kalau sebulan.Kalah gaji manageeeeer.Keje plak  beberapa jam je sehari,tak perlu tension kepala otak kena maki kat bos.Duit plak dapat hari2....boleh kaya cam ni woooo......

    Tapi....itu bagi yang ada kebun getahlah,yang tak ada tu jangan nak beranganlah,kejelah cam biasa cukup bulan terima jelah gaji korang cam biasa...hu huuu...

    Kalau korang memang nak rasa duit hasil jualan getah apakata korang beli je tanah pastu tanam pokok getah,dalam 4 tahun lagi korang akan dapat hasilnya...amacam ada brannnn...he heeeee....

    Test market bila dah kawin....pompuan lelaki sama je

    Test market bila dah kawin????..Ehhhh.. betul ke...Betuuull....Zaman skang ni pompuan lelaki sama je,itu bagi yang tak ingat dosa pahalalah, bukan semua.

    Yang silelaki time nilah miang dia menjadi2.Dulu masa bujang punyalah malu dengan pompuan nak berbual pun tak pandai,tapi sekarang habis semua pompuan di dunia ni nak ditegurnya,bukannya apa,test market katanya..saham aku tinggi lagi tak walaupun dah kawin.

    Yang si pompuan ni lain plak kisahnya.Dulu masa anak dara bibir pucat je nak pakai gincu pun tak bisa..Buat apa nak pakai merah2 macam makcik2 katanya.Baju plak pakai baju kurung je.Rambut plak asyik ikat ekor kuda.Tapi sekarang bila dah kawin meningkat pula umur 30-an,mak aaaaiiii.....jauh lagi dah nampak warna gincu eh,baju plak dah pandai pakai body fit walaupun cutting atas ke bawah lurus serupa tong drum,rambut..biasalah dah dilepas bak hantu kelembai (bukan bak mayang mengurai).

    Itu semua gara2 perasan masih laku.Buat apa nak fikir saham naik ke,masih laku lagi ke,jaga je lah pasangan masing2.Haaa..itulah dulu masa belum kawin taknak menikmati  zaman single sekarang dah kawin barulah perasan macam single,dunia.....dunia......


    Cepat2 lah wasiat kan harta korang kalau tak.....

    Bunyi entry cam buang tebiat je.....hu hu..Tapi apa yang aku tulis ni berdasarkan pengalaman kenalan aku sendiri.

    Aku kesian sangat ngan kenalan aku yang sorang ni, yelah dah lah suami baru meninggal dunia pastu terpaksa plak menyara dua anak yang masih kecil.Allahyarham suaminya plak tak sempat nak meninggalkan apa2 wasiat walaupun dia ni kira banyak duit sebab masa hidupnya kira sorang bisnesman jugaklah.

    Yang terkilan sangat tu keluarga si suami ni tak mengagihkan walaupun sedikit harta kepada kawan aku ni.Habis kereta buruk,baju buruk,seluar buruk semua diambil buat harta.Kesian ngan si isteri nak meneruskan kehidupan terpaksa memulakan hidup baru.

    Tu lah...nasihat aku kepada semua kaum suami namakan lah harta benda korang jangan amik mudah,ye lah kita tak tau ajal maut di tangan Tuhan.Bukan niat aku suruh si isteri paksa suami2 korang letak semua nama harta atas nama isteri tapi itu semua untuk kebaikan demi anak2 jugak. Jangan nanti merempat dikemudian hari walaupun dulu suaminya sorang jutawan...

    Betul ke bos pompuan ni menyusahkan.......

    Emmmm......betulke statement tu.Mungkin ada betul ada salah....Apa kata kita baca dulu dialog2 dari kenkawan aku ni.

    Dialog 1 :
    Hari ni punyalah angin aku ngan bos aku ni.Aku taulah aku buat report salah tapi tak patutlah dia jerit kat aku sampai satu ofis dengar pas tu dia siap cakap kat aku buta,pekak macam aku ni tunggul tak bernyawa plak.Aku tak kisah kalau dia panggil aku dalam bilik dia pastu marahlah puas2,ni tak,depan officemate dia boleh jerit kat aku rasa cam aku nak terajang je ngan dua belah kaki ni sib bek dia tu pompuan cam aku gak....

    Dialog 2 :
    Singa betina kat ofis aku ni pun satu,kalau ngan staff lelaki punyalah baik,kalau bercakap tu suara lembut mengalahkan suara Siti Norhaliza,tersengeh2 cam kerang busuk,sikit2 si Boy,sikit2 Boy,semua keje nak bagi kat Boy buat,baguslah tu tak yah aku buat......tapi kalau hujung tahun aku dapat bonus dan kenaikan sikit alasan dia aku tak buat keje aku nak komplain bukan aku tak nak buat keje tapi dia yang tak bagi aku kerja.

    Boleh diterima akal jugak kan....Bos pompuan ni banyak songel pas tu emo plak.Habis tu camana....

    Agaknya cas positive ngan positive menolak cam tu jugaklah ngan manusia.Agaknyalahhhh......

    Nak share ke nak menunjuk2.......

    Si Minah ni habis satu ofis dibagitau yang dia dah beli handbag baru jenama LV yang berharga cecah 4 angka,nak share cerita ngan kawan2 katanya.9 jam bekerja hari tu takde lain asyik citer pasal handbag dia aja.Yang kawan2 satu ofis ni plak depan si Minah ni punyalah puji kat belakang dia mengutuk sakan.

    Akupun tak pahamlah pe'el manusia ni...Si Minah ni nak share ke nak menunjuk2.Yang kengkawan ofis ni plak satu hal,depan baik belakang mulalah mengata berlagaklah,cam dia sorang je yang adalah,itulah,inilah.

    Entahlah....terpulanglah pada penerimaan masing2 apa yang tersirat dan tersurat.Hanya Tuhan saja yang Maha Mengetahui...

    Aku izinkan suamiku kawin lagi satu kalau......

    Errrkkk.....baca tajuk entry je kaum hawa dah fobia.Ini petikan kata2 dari kawan aku sendiri.Dia citer ngan aku kalau suaminya nak kawin lagi satu tak de masalah tapi layakkah dia.Lelaki ni kalau ada hajat cam tu mesti memenuhi syarat2 tak boleh asal teringin je boleh kawin lain,habislah pompuan kat dunia ni teraniaya....

    Katanya camni :

    1.Pernahkah dia jadi imam aku dan anak2 kat rumah,sembahyang pun hari Jumaat dan Hari raya je,camna nak jadi ketua keluarga untuk 2 rumah,camtu habislah keluarga dengan dia2 sekali melingkup...

    2. Ada tak gaji dia cecah sampai 2K,skang ni pun aku yang bertungkus lumus keje OT sampai malam kadang2 sabtu ahad pun keje,habistu kalau dah kawin lain tentu ada anak baru lagi banyak belanja dengan susu,pampers,kain baju....nanti anak2 juga yang tak cukup makan pakai.

    3. Selama ni ada tak dia bangun tengah malam buat susu anak?Tak adaaaaa.....akuuu jugak....camana aku nak izinkan dia kawin lain....memang dia tak layak pun..

    Entahlah...kalau difikir2 kan memang betul kata2 kawan aku tu,kalau satu rumah tak boleh nak hendel camana nanti kalau ada dua,tiga empat buah rumah,kan ke menganiaya namanya tu.Nafsu punya pasal habis tonggang terbalik semua.

    Untuk kaum Adam timbang2 kan lah,adakah anda layak untuk berkawin lagi satu.......

    Tenang......hampir 2 tahun aku memendam rasa

    Hari ini aku benar2 rasa tenang dan lega,bukannya apapun,cuma hasrat ku ingin belajar mengaji semula terlaksana.Memang sudah lama aku menyimpan hasrat tu,yelah semenjak aku berhenti kerja hujung 2008.

    Disebabkan terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga aku tak ada masa menunaikan hasratku.Bukannya aku tak tau mengaji langsung,tapi disebabkan sudah terlalu lama aku Qatam Quran iaitu masa aku berumur 11 tahun aku terlalu jarang mengaji.Habis sekolah terus masuk alam pekerjaan lagilah pulak.Dalam setahun tu tak tau berapa kali je aku mengaji.

    Aku jadi tak yakin dengan bacaanku sendiri,mana panjang,mana pendek,mana dengung,mana berhenti....itulah yang aku terpanggil untuk belajar mengaji semula.Tempat mengaji pun cuma beberapa buah rumah jarak dari rumahku,lagilah mudah jalan kaki je dah sampai.

    Lagipun sebelum ayahku iaitu guru mengajiku meninggal pada tahun 2006 aku pernah meluahkan hasrat ingin belajar tajwid dengan dia semula dan Allahyarham tak keberatan.Tapi dia terlebih dahulu mengadap Ilahi sebelum hasratku tercapai.

    Walau macamana sibuk pun aku berjanji akan cuba meluangkan masa walaupun sekejap......InsyaAllah...

    Katering ke masak ramai2....

    Bukan senang nak buat kenduri kendara ni woooiiii...silap2 haribulan habis kenduri demam seminggu,lebih2 lagi kalau kenduri kawin terutama tentang menu dan penyediaannya.Kadang2 pening kepala fikir samada nak guna katerer atau masak ramai2.

    Bukan apa....tapi memikirkan cakap2 orang sekeliling,kalau ambil katerer mulalah ada suara2 sumbang berbisik2 mengatakan taknak campur masyarakatlah,menunjuk banyak duitlah,tak meriahlah sebab takde acara siang menyiang daging dan macam2 lagilah.

    Tapi...bila buat masak ramai2 panggil jiran2 sekeliling bukan semua boleh join,ada hal lah,saudara kenduri di kampunglah,tak sihatlah,dah booking hotel pergi bercutilah....habistu berapa orang je yang tinggal.
    Akhirnya tinggallah tuan rumah sendiri yang bertungkuslumus menyiapkan segala persiapan.

    Zaman sekarang ni ada masanya kita tak perlu terlalu memikirkan cakap orang nanti sendiri yang susah.Ada perkara yang kita perlu buat keputusan sendiri yang penting semua berjalan lancar hati pun senang.